Sabtu, 2 November 2013

Cintaku---Ep 1

Panorama KL memang mengagumkan. Menara Berkembar KLCC dengan Menara KL jelas kelihatan. Tambahan bila melihat dari tempat setingi ini. Lagi nampak menarik.

'Qish..'

aku toleh ke belakang. Rakan sekerja aku mendekat.

'Apa kau buat kat sini? Jenuh aku cari..'
'Saja, nak rehat kejap..apa hal cari aku nih?'
'Ketua nak jumpa..jom..'

Kami berdua bergerak masuk ke pejabat pentadbiran. staf-staf di situ sibuk membuat kerja. aku anggukkan kepala dan senyum bila ada yang memandang.

'Oit, control skit senyuman maut kau tu..'

Aku cuma cebik. Sampai depan pintu yang tertera 'Pengurus Unit Pengurusan Awam', aku ketuk. Kedengaran suara mengarahkan kami masuk.

'Ha, Raqish, Azam...masuk...masuk..'

Kami duduk.

'Kenapa Tuan nak jumpa ni?'
'Wei, boleh tak jangan guna title tu...'

Kami ketawa. Pengurus unit ini adalah abang sepupu aku. Dia cukup marah kalau kami cuba bersikap formal dengannya.

'Tuan Badrul, ini office..tak leh le sesuke ati nak panggil abang..'
'Qish panggil macam tu lagi, malam ni tido luar..'

Azam berdekah ketawakan aku. aku cebik.

'Dah, back to our main point...peralihan hotel dah berlaku..'

Akhirnya, berlaku juga peralihan pentadbiran Hotel Seri Perkasa. Sudah berbulan kami dengar cerita ini tapi tiada kesahihannya.

'Hmm..jadi juga hotel ni dijual..siapa pemilik baru?'Tanya Azam.
'Dirahsiakan...semuanya akan didedahkan pada majlis perasmian nanti..'
'Woo....orang penting ke sampai nak berahsia bagai...ujarku bersindir.
'Entah la...tapi sekarang ni kita kena explain kepada semua staf kita agar jalankan tugas seperti biasa..jangan fikir soal2 kena pecat ke apa ke..and juga fokus pada majlis makan malam tu...masa tu pemilik baru akan diperkenalkan..'

'Okey..'

Badrul keluarkan satu fail. Kami berbincang tentang persiapan majlis. Sejam kemudian baru selesai. Azam dan aku bergerak untuk keluar.

'Aqish'Panggil Badrul tetiba.
'Ya?'
'Lunch sama...'
'Okey, set..abang belanja ye..'

Badrul buat muka. Aku ketawa sambil keluar. Kerja diteruskan seperti biasa. Aku melakukan rondaan di kawasan rumah persendirian bila sedar sudah tiba masa untuk makan tengahari. Marah pula Badrul kalau aku lewat. Dia tu bukannya penyabar. Aku bergegas sambil sesekali melihat jam tangan. Entah tersadung apa, aku hampir terjatuh ke depan.

'Woo!'

Seseorang memaut tubuh aku. Aku cengkam lengannya untuk stabilkan diri.

'Are you alright?'

Aku dongak. Terkesima aku sekejap. Serius hensem giler mat salleh ni. Aku tegakkan badan dan lepaskan lengannya.

'Thank you..'

Dia senyum. Aku tersedar yang dia masih memaut tubuh aku. Malahan, kami seakan sedang berpelukan.

'Errr...Sir, you can let me go now..'
'No..'

Aku tergamam. Apa maksud dia NO.

'Sir, please..'
'Just kidding..'

Gurau apa macam tu. Ingat ini di negara barat ke nak berpelukan bagai. aku kemaskan kot dan hulurkan tangan.

'Thank you again, sir..'
'Don't mention it..'

Kami berjabat dan aku terasa usapan lembut di telapak tangan. Dah, mamat ni. Suka sangat ambil kesempatan. Aku segera tarik tangan aku semula.

'Are you a guest here?'
'ah..yes..I'm stay at one of this house..'
'Oh, I see..well, have a nice day..I have to go now...see you again..'
'emhmm..Bye..'

Aku bergegas ke lobi mencari Badrul. Dia sedang dudu membaca majalah.

'Abang, sori..sori..'
'Hmph!Jom..'

Kami ke restoran yang selalu kami kunjungi. Aku pesan mee goreng sahaja.

'Aik, tak makan nasi ke..'
'Tiada selera la, bang...'
'Kau ni, jaga la skit kesihatan tu...kalo jatuh sakit, abang gak jenuh nak menjawab dengan mak kat kampung..'

Aku senyum. Emak dan ayah Badrul memang ambil berat tentang aku. Mereka yang aku panggil Mak Long dan Pak Long ni adalah tempat aku menumpang kasih sejak tiada lagi sesiapa dalam hidupku ini. Tanpa mereka, pasti aku terkontang-kanting.

'Mak tanya, bile nak balik..'
'Umm...nanti la.Qish belum bersedia lagi..'
'Abang faham....tapi rumah kat kampung tu kena jenguk jugak..nanti usang jadinya..'
'Mak Long boleh tengok kan..'
'Ye la..tapi sekurangnya Aqish kena gak tengok rumah tu, kot ada yang rosak, bocor..'

Aku mainkan mee dalam pinggan.

'Qish tak sanggup, bang..macam masih nampak2 je ibu dengan abah kat umah tu..'
'Tak pe la, take your time kay..'

Badrul tepuk2 jemari aku. Dia alihkan topik perbualan. Selepas makan, kami kembali ke hotel meneruskan kerja. Aku agak terganggu bila teringat hal ibu dan abah. Sudah enam tahun mereka pergi tapi masih kuat rindu aku pada mereka. Mungkin sebab aku anak tunggal, jadi hubungan kami rapat. Bila mereka pergi, sebahagian diri aku juga mati.

Selesai kerja, aku balik sendiri dengan LRT. Badrul perlu berjumpa dengan pelanggan malam nanti. Nampaknya aku makan mee segera la malam ni, jimat masa skit. Sampai rumah, aku mandi dulu sebelum masak mee segera. Aku layari internet untuk isi masa. Leka membaca berita, Badrul sudah balik.

'Hai, tak tido lagi..'
'Nak baca news kejap..'
'Dah, tido..dah pukul berapa dah ni?'
'Tau pun dah lewat...bincang apa sampai lewat macam ni..'
'Amboi, macam seorang isteri pulak..dah, jangan nak mengarut..pergi tido..'

aku tutup komputer dan masuk bilik. Esok hendak kerja lagi. Kemudian, aku terasa kucupan di kepala.

'Selamat malam, Qish..'
'Nite..'

Aku senyum.